Aplikasi Kaedah Fiqh “Al-Masyaqqah Tajlibu Al-Taysir” dalam Fiqh Banjir di Malaysia
The Application of the “Al-Masyaqqah Tajlibu Al-Taysir” for Flood Fiqh in Malaysia
Keywords:
Aplikasi kaedah fiqh, fenomena banjir, fiqh banjir, kelestarian alam, qawaid fiqhiyyahAbstract
Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia merupakan fenomena alam yang telah memberi kesan besar kepada mangsa banjir. Hal ini kerana ia bukan sahaja melibatkan kemusnahan harta benda, bahkan melibatkan kemusnahan nyawa dan memberikan kesan psikologi dan mental yang mendalam kepada mangsa banjir. Fenomena banjir yang berlaku juga telah menimbulkan kesulitan dan kesukaran kepada mangsa banjir. Prinsip Islam menjadi panduan yang dapat digunapakai dalam memberi jalan keluar terhadap kesulitan yang dihadapi oleh mangsa banjir. Artikel ini akan membincangkan aplikasi kaedah fiqh al-masyaqqah tajlibu al-taysir dalam fiqh banjir di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, reka bentuk kualitatif dilihat menepati isu yang dikaji dan teknik analisis dokumen pula digunakan sebagai kaedah bagi mengumpulkan data. Pemilihan kaedah fiqh pula dilakukan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) berdasarkan situasi yang berlaku semasa musibah banjir. Bagi memastikan dapatan dihasilkan secara objektif, maka data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik (thematic analysis). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan kaedah fiqh sughra (pecahan) yang terkandung di bawah kaedah kesukaran membawa kemudahan yang boleh diaplikasi dalam isu fiqh banjir di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar kajian diteruskan dengan melihat aplikasi kaedah al-darar yuzal dalam isu fiqh banjir di Malaysia.
The flood that occurred in several states in Malaysia is a natural disaster that had major impacts. Flood does not only destroy the property but also cause loss of lives and has a profound psychological and mental impact on the victims. The floods phenomena also caused difficulties and hardships to the victims. Islamic principles offer a guide that can be used in facing difficulties. This article will discuss the application of the al-masyaqqah tajlibu al-taysir for flood fiqh in Malaysia. To achieve these objectives, qualitative design was seen to suit the study, and document analysis techniques were used as a method to collect data. To ensure an objective finding, the data were thematically analyzed. The findings showed nine fractional fiqh methods contained under the ‘hardship begets facility’ method that can be applied to the flood fiqh issue in Malaysia. This study suggests a continuation by looking at the application of the al-darar yuzal method for the flood fiqh issue in Malaysia.






