Hubungan Kesan Psikologi dan Masalah Sosial dengan Teori Hifz Al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf: Analisis Fatwa Kebangsaan

The Relationship of Psychological Effects and Social Problems with Hifz Al-Nafs Theory in The Fatwa on the Named Lineage of Illegitimate Children: National Fatwa Analysis

Authors

  • Muhammad Mustaqim Bin Roslan En.

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.240

Keywords:

Abdullah, Fatwa Kebangsaan, Kesan Psikologi, Masalah Sosial, Penamaan

Abstract

Pendekatan teori Hifz al-Nafs dalam fatwa penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) telah dikenal pasti apabila Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penamaan nasab ATST kepada Abdullah adalah bertujuan untuk menjaga kesan psikologi dan masalah sosial. Namun begitu, matlamat asal Fatwa Kebangsaan itu didakwa memberikan kesan yang negatif kepada ATST. Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat hubungan kesan psikologi dan masalah sosial dengan teori Hifz al-Nafs terhadap fatwa penamaan nasab ATST di Malaysia. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data. Hasil dapatan menunjukkan bahawa teori Hifz al-Nafs itu adalah sangat berkait rapat dengan menjaga diri manusia itu daripada masalah-masalah yang membawa kepada kesan psikologi dan masalah sosial. Hal ini bererti, menjaga kesihatan mental juga adalah termasuk dalam teori Hifz al-Nafs walaupun pada asalnya ia terkait dengan Hifz al-‘Aqal, namun sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, maka ia akan memberikan kesan yang buruk kepada diri manusia itu. Teori Hifz al-Nafs dalam fatwa penamaan nasab ATST itu juga tidak boleh hanya dilihat pada isu penamaan anak itu sahaja, bahkan diri dan sosial masyarakat itu juga perlulah dijaga agar kelahiran ATST itu tidak berleluasa saban hari. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar kajian terhadap kesan psikologi dan masalah sosial terhadap penamaan nasab ATST diperluaskan agar pendekatan teori Hifz al-Nafs itu sentiasa seiring dengan matlamat Fatwa Kebangsaan. 

When the National Fatwa decided that naming an illegitimate child (Anak Tak Sah Taraf, ATST) to Abdullah was intended to address psychological effects and social problems, the National Fatwa identified Hifz al-Nafs’ theoretical approach. However, the National Fatwa’s original goal is said to have a negative impact on ATST. As a result, this article is written to examine the relationship between psychological effects and social problems in Malaysia with the Hifz al-Nafs theory on the ATST lineage naming fatwa. This study’s philosophy is interpretive, and the research strategy is a case study. This study, too, used a qualitative design and a data collection method that combined document content analysis techniques and semi-structured question interviews. Once the document data and interview data are obtained, the document content analysis method is used again in the data analysis process. The findings show that Hifz al-Nafs’ theory is closely related to protecting humans from problems that lead to psychological effects and social problems. This means that, even though it was originally related to Hifz al-‘Aqal, taking care of mental health is also included in the theory of Hifz al-Nafs, but if it is not taken care of properly, it will have a negative impact on the human being. The theory of Hifz al-Nafs in the ATST lineage naming fatwa cannot be seen only in terms of naming the child; the self and society of the community must also be considered so that ATST does not become widespread every day. Therefore, this study suggests that the study of psychological effects and social problems on ATST lineage naming be expanded so that Hifz al-Nafs’ theoretical approach is always in line with the National Fatwa's goals.

 

References

A Child & 2 Ors Jabatan Pendaftaran Negara. (2017). Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Retrieved from:

Abd Ghani, A. & Nuarrual Hilal, M. D. (2017). Pusat Jagaan Anak Luar Nikah di Malaysia: Realiti, Isu dan Prospek. Universiti Utara Malaysia (UUM).

Abdul Majid. & Al-Najjar. (2014). Ab‘ad Jadidat li Maqasid al-Syari‘at. Majallat al-Azhar.

Abu Dardaa, M., Salasiah Hanin, H., Ahmad Irdha, M. & Mohamad Zulkifli, A. G. (2017). Tazkiyat al-Nafs dalam Kerangka Maqasid Syari‘at. Jurnal al-Hikmah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abu Rayya. (2012). Towards A Systematic Quranic Theory of Personality. n.d. Mental Health, Religion & Culture.

Al-Ghazali. A. H. (2000). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Dar al-Taqwa li al-Turath, Kaherah.

Al-Juwayni, A. M. (2003). Mughith al-Khalq fi Tarjih al-Qawl al-Haq. n.d. Al-Matba‘at al-‘Asyriat, Beirut.

Annisa Najiyah. (2017). Hak Waris Bagi Anak Zina. Universitas Muhammadiyah Surakarta. Semarang Jawa Tengah, Indonesia.

Babbie, E. (2002). The Practice of Social Research. 12th ed. Belmont California, Wadsworth.

Hans Wehr. (1980). A Dictionary of Modern Written Arabic. n.d. Library Du Liban, Beirut.http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01(A)-365-09-2016.pdf

Ibnu Manzur, A. A. (2012). Lisan ‘Arabi. n.d. Dar al-Tawfiq li al-Turath, Kairo.

Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhammad Adam, A. A., Khadher, A., Mohd Khairul Nazrin, M. N. & Ishak, S. (2020). Dinamika Tafsiran Teks Hadis al-Walad li al-Firasy wa li al-‘Ahir al-Hajar dan Implikasinya Terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. International Refereed Academic Journal in Hadis Sudies. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Muhammad Aunurrochim, M., Mohamad Zakwan Nafis, M. Z. (2018). Status Anak Luar Nikah: Satu Kajian ke atas Hak Harta Pusaka mengikut Fiqh Islam dan Undang-Undang Syarak Wilayah Persekutuan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.

Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2012). Fatwa-Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan 1987-2010. Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Zanariah, N. (2018). Status dan Hak Anak Tak Sah Islam dalam Undang-Undang di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Zulkifli al-Bakri. (2003). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Published

2023-05-29

How to Cite

Bin Roslan, M. M. (2023). Hubungan Kesan Psikologi dan Masalah Sosial dengan Teori Hifz Al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf: Analisis Fatwa Kebangsaan: The Relationship of Psychological Effects and Social Problems with Hifz Al-Nafs Theory in The Fatwa on the Named Lineage of Illegitimate Children: National Fatwa Analysis. Jurnal Pengajian Islam, 16(1), 86–100. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.240