Perspektif Sayyid Qu?b Tentang Isu Penjagaan Pandangan Berdasarkan Ayat 30-31 Surah Al-Nur
The Perspective of Sayyid Qu?b on The Issue of Lowering The Gaze Based on Quranic Verses 30-31 of Surah Al-Nur
Keywords:
Menjaga pandangan, surah al-Nur, Sayyid Quṭb, Fī Ẓilāl al-Qur’ān, ghad al-baṣarAbstract
Kupasan tentang menjaga pandangan dalam ayat 30-31 surah al-Nur kurang diperbincangkan secara maw??‘? atau tematik dalam kitab-kitab tafsir. Walau bagaimanapun kajian pensejarahan mendapati bahawa kitab tafsir F? ?il?l al-Qur’?n karangan Sayyid Qu?b adalah salah satu kitab tafsir terbaik yang ditulis berasaskan objektif surah. Justeru, penulisan ini dilakukan bertujuan mengkaji apakah pendapat dan perspektif Sayyid Qu?b tentang menjaga pandangan yang terdapat dalam surah al-Nur, ayat 30-31. Metode yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis kandungan terhadap kitab-kitab tafsir dan hadis serta kajian-kajian ilmiah seperti tesis, jurnal-jurnal dan kertas-kertas penyelidikan. Kajian mendapati bahawa tafsiran tentang menjaga pandangan telah dikupas dengan amat terperinci dalam kitab F? ?il?l al-Qur’?n. Selain daripada menjaga pandangan adalah langkah pencegahan daripada perlakuan zina, beliau telah mengaitkan kepentingan menjaga pandangan dengan suasana masyarakat yang bersih dengan mendedahkan teori Freud yang tidak mendatangkan sebarang manfaat malah boleh merosakkan masyarakat. Sayyid Qu?b juga menjelaskan beberapa hukum yang berkaitan dengan menjaga pandangan, kesan-kesan dan akibat daripada tidak menjaganya. Penulisan ini penting kerana dapat menzahirkan pemikiran Sayyid Qu?b mengenai isu penundukan pandangan yang kurang mendapat tumpuan dalam kalangan pengkaji terkini sekaligus membuktikan penguasaan Sayyid Qu?b dalam berbagai ilmu yang dapat membantu mentafsirkan al-Quran al-Karim.
There are few discussions about the Islamic etiquette lowering the gaze as stated in Surah An-Nur verse 30-31 by the Quranic interpretive books (tafsir) in thematic method (mawdu’i). However, the historiography discovered an influential Quranic interpretive manuscript, Fi Zilal al-Qur’an. It is the best Quranic revelatory reference that discussed the content of the Surah objectively. Therefore, this study aims to discover the author’s point of view about manners in lowering the gaze as stated in the Quran. The methodology of this study involves a content analysis of Quranic interpretive books, Hadith and reviews of existing studies from theses, journals, and research papers.Through the analysis, this study found an extensive detail that conversed the morals of lowering the gaze through the book of Fi Zilal al-Qur’an. The book expressed this manner as prevention steps towards unlawful sexual activity (zina). It also suggested this behavior able to regulate the society to become more courtesy. In contrast, the findings contradicted the Freud theory, which was found may harm the community. Sayyid Qu?b also highlighted a few Islamic laws related to the manner of lowering the gaze and the impacts of neglecting it. The author's perspective related to the issue was very significant. There are still limited numbers of discussions in the recent studies. Thus, the variety of knowledge by the author, Sayyid Qu?b proves the ability to enhance the interpretation in al-Qur’an al-Karim.
References
Abdurrahman Rusli Tanjung. (2014). Analisis Terhadap Corak Tafsir al-Adaby al-Ijtima’i. Analytica Islamica, 3(1), 162–177
Al-Jauziyah, Ibnu Qayyim. (2007) Bahaya Zina. Terj. Tim Darul Haq. Jakarta: Maktab Dakwah dan Bimbingan Jaliyat Rabwah,.
Al-Kh?lid?, ?al?? ‘Abd al-Fatt??. (2000). Sayyid Qu?b al-Ad?b al-N?qid wa al-D?’iyah al-Muj?hid wa al-Mufakkir al-R?’id. Damsyik: Dar al-Qalam
Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa. (2001). Tafsir al-Maraghiy Vol. 1 (Terj.. Muhammad Talib: Tafsir al-Maraghiy). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Syanqiti, Muhammad. al-Amin. (2006). A?w?’ al-Bay?n. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
Anisah Ab Ghani. (2019). Batas-batas Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa. Jurnal Syariah, 7(1), 23–30
Azmi Mohd Ali. (1986.). Biografi Asy-Syahid Sayyid Qu?b Rahimahullah. Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi.
HAMKA. (2020). Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18. Selangor: PTS Publishing House
Ibn Kathir, Imad al-Din. (2000). Tafsir al-Quran al-Azim. Kaherah: Muassasah Qurtubah
Love, T., Laier, C., Brand, M., Hatch, L., & Hajela, R. (2015). Neuroscience of Internet pornography addiction: A review and update. Behavioral sciences, 5(3), 388-433.
Moschos, M. M. (2014). Physiology and psychology of vision and its disorders: a
review. Medical Hypothesis, Discovery and Innovation in Ophthalmology, 3(3), 83.
Mu?ammad Y?suf Abb?s. (1987). Mifta? Kun?z F? ?il?l al-Qur’?n (3rd ed., Vol. 2). Riy??: D?r ?ayyibah
Nafisah Tahir & ?Kamal Ashaari. (2016). Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur. Kuala Lumpur: Pustaka Zhilal
Nor Azah Abdul Aziz Che Zarrina Saari. (2011). Menangani Permasalahan Laman Web Pornografi: Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Amalan Spiritual. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 29–46. Retrieved from http://merr.utm.my/id/eprint/1630
Ole R. Holsti. (1969). Content Analysis for the Sosial Sciences and Humanities. California: Addison-Wesley Publishing Company
Rashidah Othman, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, Muhammad Amir Wan Harun. (2016). Fesyen Wanita Menurut Perspektif Islam dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Fizikal dan Spiritual, Skudai: UTM Press.
Robert Philip Weber. (1990). Basic Content Analysis. London : Sage Publications
Sayyid Qu?b. (2010). Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Di Bawah Bayangan al-Quran, Terj Dato’ Yusoff Zaky Haji Yacob, Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn, Bhd.
Sri Aliyah. (2013). Kaedah-Kaedah Tafsir Fi Zhilaali Al-Quran. Jurnal Ilmu Agama, 14(2), 39–60.
Syarifah Habibah. (2016). Metodologi Tafsir Pergerakan Al-Quran (Analisis Perbandingan Penafsiran Manhaj Haraki Sayyid Quthb dan Hamka terhadap Surah Al Baqarah Ayat 1–29). UIN Walisongo
Yusoff, Z. H. M. (2003). Tafsir Al-Mawdu’i: Kajian pensejarahan. Al-Bayan Journal of Al-Quran & Al-Hadith, 1, 27-41.
www.lidwa.com






