Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19

Challenges of New Norms Pedagogy at Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) During Covid-19

Authors

  • Nor Musfirah Mohamad KUIPS

Keywords:

Pedagogy, New Norms, Challenges, Islamic University College of Perlis (KUIPs), Covid-19 pandemic

Abstract

Abstrak

Penularan wabak Covid-19 memberikan impak terhadap sektor pendidikan negara. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua institusi pendidikan tinggi seperti universiti awam dan swasta, kolej universiti, kolej, terganggu dan tertangguh. Inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah dengan mengeluarkan arahan agar semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara dalam talian serta melarang sama sekali aktiviti PdP secara bersemuka kecuali kepada kes-kes tertentu bagi mengelakkan pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Persoalan kajian ini adalah bagaimana pendekatan Pedagogi Norma Baharu yang diaplikasikan oleh pensyarah kepada pelajar dan sejauhmana cabaran pdp secara dalam talian terhadap pelajar dan pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).  Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips)  Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Metode kajian yang digunapakai adalah kajian kualitatif melalui  penerokaan  terhadap  sumber kepustakaan  yang  pelbagai  dengan  meneliti  buku-buku, jurnal-jurnal, serta laporan pihak yang berkepentingan dalam isu Covid-19 di Malaysia. Selain itu, teknik observasi dan temu bual online dengan pensyarah dan pelajar turut dijalankan. Data-data yang dikumpul dianalisis dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif bagi mendapatkan natijah yang sesuai selaras dengan objektif artikel yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati sebelum penularan Covid 19, pelaksanaan pedagogi hampir keseluruhannya bersifat konvensional. Namun, impak wabak pandemik koronavirus Covid-19 mengubah pendekatan Pedagogi Norma Baharu sepanjang tempoh PKP berlangsung. Pendekatan tersebut ialah Pembelajaran Dari Rumah (Home Based Learning), Pembelajaran Atas Talian (On Line Learning) dan Remote Learning. Walaupun dengan pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi berikutan dengan pelaksanaan pembelajaran atas talian ini, kualiti graduan tidak akan sedikitpun terjejas memandangkan Program Learning Outcome (PLO) dan Course Learning Outcome (CLO) kekal dipatuhi. Antara cabaran pedagogi norma baharu dikalangan pelajar Kolej Universiti  Islam Perlis (KUIPs) adalah dari segi capaian internet yang lemah dan rendah, dari aspek kewangan di mana pelajar merasa terbeban apabila mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli data internet. Selain itu, suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar seperti suasana riuh di rumah, ruang belajar yang tidak selesa akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran dijalankan. Di samping itu, ketiadaan atau kerosakan  peranti elektronik menyukarkan pelajar untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian. Cabaran yang dikalangan pensyarah adalah pelajar tidak mengikuti kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Di samping itu, pensyarah perlu berusaha mempelajari menggunakan platform pembelajaran atas talian yang sesuai dalam pembelajaran atas talian seperti Google Classroom, youtube, 

video, whatsApp, voice message, Google Meet dan email sebagai pelantar untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, mengedarkan tugasan, penghantaran jawapan tugasan, pengumuman serta menguruskan semua aktiviti kelas atas talian.

Kata kunci

Pedagogi, Norma baharu, Cabaran, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Pandemik wabak Koronavirus Covid 19

Abstract

The spread of the Covid-19 brings together with it impacts towards the country’s education sector, among other sectors. This causes teaching and learning activities (PdP) in all higher education institutions such as public and private universities, university colleges and colleges to be disrupted and delayed. The government’s initiative through the Ministry of Higher Education (MOHE) by issuing instructions that all PdP activities should be implemented online and to prohibit all face-to-face PdP activities except in certain cases are taken especially to prevent students from missing out on lessons. The research question is how lecturers apply the New Norms Pedagogical approach for the students and the extent of online PdP challenges faced by both students and lecturers of Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). This paper aims to analyze the New Norma Pedagogical Challenges at the Islamic University College of Perlis (KUIPs) during the Covid-19 Pandemic. The research method used is a qualitative study through exploration of various library resources by examining books, journals, and reports of stakeholders in the issue of Covid-19 in Malaysia. In addition, observation techniques and online interviews with both lecturers and students are also conducted. The data collected are analyzed and parsed using inductive, deductive, and comparative methods to obtain appropriate results in line with the objectives of the article that has been set. The findings of the study found that before the transmission of Covid-19, the implementation of pedagogy is almost entirely conventional. However, the impact of the Covid-19 pandemic changed to the New Norma Pedagogical approach throughout the MCO period. The approaches involved are; Home Based Learning, Online Learning and Remote Learning. Despite various constraints that have to be faced following the implementation of this online learning, the quality of graduates will not be in the least affected as the Learning Outcome Program (PLO) and Course Learning Outcome (CLO) are adhered to. Among the pedagogical challenges of the new norm among Kolej Universiti Islam Perlis’ (KUIPs) students is in terms of weak internet access; from the financial aspect in which students are burdened when they have to spend money to buy Internet data. In addition, there is also learning environment that is non-conducive to learning such as noisy atmosphere at home and uncomfortable learning space that will make it difficult for them to focus during e-learning sessions. In addition, the absence or damage towards electronic devices makes it difficult for students to follow every online learning session. The challenge among lecturers is that students do not attend classes according to the set schedule. In addition, lecturers should strive to learn using appropriate online learning platforms in online learning such as Google Classroom, Youtube, video recording, WhatsApp, voice message, Google Meet and email as a platform to provide teaching and learning materials, distribute assignments, send answers assignments, announcements as well as managing all online classroom activities.

References

Abdul Latip. (2020). Peran Literasi Teknologi Informasi Dan Komunikasi Pada Pembelajaran Jarak Jauh Di Masa Pandemi Covid-19. EduTeach: Jurnal Edukasi danTeknologi Pembelajaran, Volume 1, No. 2 Edisi Jun 2020.

Abdul Rabu, S.N. & Hussin, H. (2018). QR Code Utilization in a Large Classroom: Higher Education Students’ Initial Perceptions. Education and Information Technologies,23(93), 1-26.

Aedil Musharraf bin Apna @ Afnan, pelajar Diploma Syariah Fakulti Pengajian Islam, KUIPs, Temu bual pada 31 Januari 2021.

Azhan Taqiyadin bin Arizan, Pensyarah, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis, Temu bual pada 1 Februari 2021.

BERNAMA. 2020. COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru. 29 November 2020.

Dr Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/ 20 November 2020.
Dr Hayati Ismail. (2020). COVID-19 pemangkin perubahan dalam pendidikan. https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid-19-pemangkin-perubahan-dalam-pendidikan/ 25 November 2020.

Dr Natasya Abdullah. (2020). Cabaran pelaksanaan penilaian dalam talian di IPT. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849732 25 November 2020.

Huang, R., Zhang, M., Shen, Y., Tian, Y.& Zeng, H. (2020) Research on the core elements of an ultra-large-scale Internet education organization: Case analysisof online education ResAudiovis Edu,41(3):10-19.

Hussin, N. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. OJIE: Online Journal of Islamic Education, 1(2).

Ierwan Ismail. (2020). Norma Baharu Dalam Pendidikan, Cabaran Buat Pendidik MARA. https://ewarta.mara.gov.my/2020/11/12/norma-baharu-dalam-pendidikan-cabaran-buat-pendidik-mara/. 27 November 2020.

Muhammad Asyraf bin Kamaruddin, pelajar Diploma Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, KUIPs, Temu bual pada 31 Januari 2021.

Muhammad Husni bn Hasbulah, Pensyarah Fakulti Muamalah Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Perlis, Temu bual pada 1 Februari 2021.

NoorKartina binti Mohamad, Pensyarah Fakulti pengurusan, Kolej Universiti Islam Perlis, Temu bual pada 31 Januari 2021.

Shi, J. (2020) Refuse “Online full Irrigation” and guide students to learn independently offline. Chin Edu News. Sun, Y, Strobel, J, & Newby, T.J. (2017). The Impact of Student Teaching Experience on Preservice Teachers’ Readiness for Technology Integration: A Mixed Methods Study with Growth Curve Modelling. Educational Technology Research and Development, 65(3), 597-629.

Umbit, A. F. & Taat, M. S. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan Epembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut Pendidikan guru di Sarawak. Jurnal Penyelidikan IPGK Bil.13, 1-14.

Wibawa.S. (2018). Pendidikan dalam Era Revolusi Industri 4.0.Yogyakarta: UST.
Worlitz, J., stabler, A., Peplowsky, S. & Woll, R. (2016). Video Tutorials: An Appropriate Way of Teaching Quality Management Tools Applied with Software. Quality Innovation Proseperity. 20(2):169-184.

Zawiah binti Bahrom. (2020). Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah. Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, hlm. 75-80.

Zetty Raihan Mohd Yassin. (2020). Menangani Cabaran Norma Baharu Pembelajaran Dan Pengajaran Era Covid-19. https://news.utm.my/ms/2020/05/menangani-cabaran-norma-baharu-pembelajaran-dan-pengajaran-era-covid-19/ 24 November 2020.

Published

2021-01-01

How to Cite

Mohamad, N. M. (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19: Challenges of New Norms Pedagogy at Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) During Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243–254. Retrieved from https://www.jpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jpi/article/view/71