Faktor-Faktor Kecemerlangan Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Sabah

Factors of Excellence in Memorizing The Holy Al-Qur'an among Tahfiz Students in Sabah

Authors

  • Azihal Bangsawan KUIS
  • Zetty Nurzuliana Rashed KUIS
  • Muhammad Hafiz Salleh USIM

Keywords:

Factors, Excellence, Al-Quran Memorization, Sabah, Tahfiz Students

Abstract

Kajian ini memberi fokus terhadap faktor-faktor kecemerlangan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz di Sabah. Metodologi kajian ini adalah berbentuk metode campuran antara kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan tinjauan soal temu bual dan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Kajian ini melibatkan  seramai 15 orang informan bagi mendapatkan data kualitattif manakala 76 orang  responden  pula  akan  menjawab  data kuantitatif. Analisis data tematik bagi menjelaskan data kualitatif manakala data kuantitatif dilaporkan secara statistik deskriptif untuk mengenalpasti faktor-faktor kecemerlangan menghafaz Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz di Sabah. Bagi menentukan dapatan kajian, data telah dianalisis menggunakan min bagi mengenalpasti tahap faktor tersebut. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa tahap kesuluruhan faktor-faktor kecemerlangan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz adalah berada pada tahap sangat tinggi iaitu dengan min 4.13. Ini menunjukkan bahawa faktor kecemerlangan pelajar-pelajar tahfiz di Institusi Tahfiz di Sabah berada pada tahap yang sangat tinggi sesuai dengan respon yang diberikan oleh para pelajar terhadap soalan-soalan yang ditanyakan kepada mereka. Manakala hasil dapatan kajian melalui kajian kualitatif pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor  yang membawa kepada kecemerlangan para pelajar tahfiz di Sabah adalah minat terhadap hafazan al-Quran, guru-guru yang suka membantu pelajar, sikap disipilin yang tinggi, motivasi diri dan keluarga, suasana pembelajaran dan doa daripada orang lain.

This study focuses on the factors of excellence in Al-Quran memorization among tahfiz students in Sabah. The methodology of this study is in the form of a mixed method between qualitative and quantitative research, which is to use a survey of interview questions and the distribution of a set of questionnaires to gather quantitative data. This study involved a total of 15 informants to obtain qualitative data while 76 respondents will answer a set of instrument. Thematic data analysis to explain qualitative data while quantitative data is reported statistically descriptively to identify the factors of excellence in memorizing the Holy Al-Quran among tahfiz students in Sabah. In order to determine the findings of the study, the data was analyzed using the mean to identify the level of the factors of excellence. The results of the study found that the overall level of the factors of excellence in memorizing the Al-Quran among tahfiz students is at a very high level with a mean of 4.13. This shows that the factor of excellence of tahfiz students at Tahfiz Institution in Sabah is at a very high level in accordance with the response given by students to the questions asked to them. While the results of the study through qualitative research also explains that there are several factors that lead to the excellence of tahfiz students in Sabah namely interest in memorizing the Quran, teachers who like to help students, high discipline, self-motivation and family,  environment and doa from others.

References

Ashraf Ismail, Khazri Osman & Nurul Hudaa Hassan. 2020. Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Kertas kerja dibentangkan di Bicara Dakwah ke-21 Antarabangsa: Dakwah Atas Talian Ketika Pandemik anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Oktober, Bangi Selangor.
Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Bangi: UKM.
Azman Ab Rahman, Afaf Sukari, Nurul Nadia Nozlan, Mohamad Anwar Zakaria & Muhd. Faiz Abd. Shakor. 2020. Dasar Pemerkasaan Institusi Tahfiz di Malaysia. Kertas kerja dibentang di The 3rd International Conference of the Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020).
Azmil, H. 2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran dan Maahad Tahfiz alQuran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmil, H., et. al. 2014. Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Teknik Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1 Issue 1 28-39.
Farah Ilyani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abd Razak. 2018. Amalan Pembelajaran Pelajar Tahfiz di Institusi Tahfiz Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1): 141-148.
Fraenkel, J. R., et. al. 2006. How to design and evaluate research in education (6th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Helena Sendera Mohd Yakin, Odetta Yahcob & Junaidah Januin. 2021. Fungsi dan Implikasi Pusat Internet Terhadap Masyarakat Luar Bandar di Sabah dalam Era Pandemik Covid-19. MANU 32(1): 51-68.
Krejcie & Morgan. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Journal of Educational dan Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.
Norasmah Othman. 2002. Keberkesanan Program Usahawan Muda di Sekolah Menengah. Tesis Ph.D UniversitiPutra Malaysia.
Sh.Noorhidayah Syed Aziz, Khairul Anwar Mastor & Hasnan Kasan. 2022. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Sahsiah Pelajar Tahfiz. Jurnal Pengajian Islam, 15(1): 259-271.
Solahuddin Ismail. 2016. Institusi Tahfiz Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran. Kertas kerja dibentangkan di Simposium Antarabangsa Tahfiz sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Darul Quran anjuran Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 23-24 November, Bangi Selangor.

Published

2022-08-29

How to Cite

Bangsawan, A., Rashed, Z. N., & Salleh, M. H. (2022). Faktor-Faktor Kecemerlangan Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Sabah: Factors of Excellence in Memorizing The Holy Al-Qur’an among Tahfiz Students in Sabah. Jurnal Pengajian Islam, 31–43. Retrieved from https://www.jpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jpi/article/view/182