Peranan Bapa dalam Pengurusan Keluarga pada Era Pandemik Covid-19 : Analisis Daripada Perspektif Surah Luqman
The Role of The Father in Family Management in The Era Covid -19: Analysis from The Perspective of Surah Luqman
Keywords:
Leader, protector, educator, educator, fatherAbstract
Sejak akhir tahun 2019 telah bermula pengesanan virus COVID-19 dan telah membawa kepada penularan wabak ini di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kesan penularan virus COVID-19 ini dilihat bukan sahaja kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan, bahkan ia memberi kesan kepada kerukunan kekeluargaan. Jika sebelum ini, pertemuan sesama ahli keluarga pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi akibat penularan wabak ini membawa kepada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan semua ahli keluarga berkumpul di dalam rumah dalam tempoh yang sangat lain. Ketepuan berada di rumah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sama ada dari sudut emosi, fikiran mahupun tingkahlaku. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis peranan bapa dalam pengurusan keluarga pada era pandemik COVID-19 di dalam surah Luqman. Ini kerana bapa adalah tonggak utama dalam memastikan keharmonian keluarga. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Analisis data menggunakan pendekatan diskriptif. Sampel kajian melibatkan ayat-ayat terpilih dalam surah Luqman. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga elemen utama dalam pengurusan keluarga. Pertama; menjadi pemimpin yang amanah dalam keluarga. Kedua, pelindung yang bersifat rahmah. Ketiga, pendidik yang mendidik akhlak yang baik. Hasil kajian mendapati peranan bapa adalah sangat penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan keluarga terjaga di sepanjang era pandemik ini. Kajian sebegini sangat penting sebagai menambah kajian-kajian yang berbentuk pemeliharaan keluarga di era pandemik apatah lagi kajian ini menggunakan panduan wahyu sebagai sandaran.
Since the end of 2019, the detection of the COVID-19 virus has begun and has led to the spread of this epidemic throughout the world including Malaysia. The impact of the spread of the COVID-19 virus is seen not only on health, education, and employment but also in family harmony. If before, family members met at certain times only, but due to the spread of this epidemic, the Movement Control Order (MCO) was implemented, causing all family members to gather indoors in a very different period. Saturation at home causes various problems whether from an emotional, mental or behavioral point of view. Therefore, the main objective of this study is to analyze the role of fathers in family management in the era of the COVID-19 pandemic in Surah Luqman. This is because the father is the main pillar in ensuring family harmony. This study uses a qualitative approach in the form of content analysis. Data analysis uses a descriptive approach. The study sample involves selected verses in Surah Luqman. The findings of the study show that there are three main elements in family management. First; be a trusted leader in the family. Second, a merciful protector. Third, educators who educate good morals. The results of the study found that the role of the father is very important in ensuring the harmony and well-being of the family are maintained throughout this pandemic era. This kind of study is very important to add to the studies in the form of family preservation in the pandemic era, not to mention that this study uses revelation guidance as a backup.
References
Abu Ja’far Muhammad Ibn Jarir al-Tabari. (1978). Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran. Cet. 3. Jil. 21. Lubnan: Dar al-Ma’rifah.
Ahmad Gawdy Prananosa. 2018. Konsep Komunikasi Pendidikan dalam al-Quran Surah Lukman. Journal Of Administration and Educational Management (ALIGNMENT) 1(1).
Ahmad Mustafa al-Maraghiy, Tafsir al-Maraghiy, c. 1, Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu, 1946.
Syed Qutb, fi Zilal al-Qur’an, c. 30 (Misr: Dar al-Syuruk, 2001).
Farique, M. A. M., & Fauzi, M. A. M. (2021). Implikasi Pandemik COVID-19 terhadap Ekonomi Global dan Ekonomi Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 2(2), 122-129.
Fathi Yakan. 2009. Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Kuala Lumpur: Pustaka Salam M Quraish Shihab. 2012. Tafsir al-Mishbah. Vol. 10. Cet. 5. Jakarta: Lentera Hati. https://www.kosmo.com.my/2021/08/13/bunuh-diri-kerana-obses-dengan-teori-konspira si-covi d-19/.
Ibn Jarir al-Tobari, Tafsir al-Tobari: Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aya al-Qur’an, c.1 (Damsyiq: Dar al-Qalam, 1998).
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (Riyadh: Dar al-Salam Li al-Nasyar wa al- Tawzi’: 2004).
Ibrahim Adham (2021), Irsyad Al-Hadith Siri Ke 518: Status Hadith "Berbuat Baiklah Kepada Ahli Keluarga" diakses daripada lama sesawangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pada 13 Disember2021, di laman https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4707-irsyad-al-hadith-siri-ke-518-status-h adith- berbuat-baiklah-kepada-ahli-keluarga
Israr Khalid (2021), COVID-19: Berhenti Salahkan Sesiapa, Ini Tanggungjawab Kita Semua, dicapai pada 28 Disember 2021, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-berhenti-salahkan-sesiapa-ini-tan ggungj awab-kita-semua-dr-farhan-298889.
Izzah Nur Aida Raffar dan Salasiah Hanin Hamjah (2015), Personaliti Bapa daripada Perspektif Islam, Global Journal al-Thaqafah 5 (2), 89-97.
Kosmo (2021), Bunuh Diri Kerana Obses Dengan Teori Konspirasi COVID-19, dicapai pada 25 Januari 2022.
M.N. Rashid, R.Ara Begum, M.Mokhtar dan J.J. Pereira (2014), Pelaksanaan Analisis Kandungan Sebagai Metodologi Kajian Bagi Mengenalpasti Kriteris Pembinaan Lestari, Journal Of Advanced Research Desgin 1 (1), 18-27.
Nur Fatin Yusni dan Rohaizan (2017), Konsep Isti’anah Dalam Surah al-Fatihah Mempengaruhi Kehidupan Muslim Melalui Amalan Ibadah, Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 118-123.
Rahmi (2015), Tokoh Ayah Dalam Al-Quran dan Keterlibatannya Dalam Pembinaan Anak Kafa’ah, Jurnal Ilmiah Kajian Gender 2 (2), 1-10.
Safinah Ismail. 2018. Elemen Komunikasi Bapa dalam Surah Luqman. International Conference in Islamiyyat Studies. Faculty Of Islamic Civilisation Studies. International Islamic University College Selangor, Malaysia.
Sinar Harian (2021), Ibu Bapa Tertekan Urus PdPR anak, dicapai pada 23 Disember 2021. https://www.sinarharian.com.my/article/149337/LAPORAN-KHAS/Ibu-bapa-tertekan-uru s-PdPR






