Cabaran dan Peranan Dakwah Semasa Pandemik Covid-19 dalam Kalangan Remaja Islam di Pontian, Johor

Challenges and The Role of Dakwah During The Covid-19 Pandemic Among Muslim Youths in Pontian, Johor

Authors

  • Muhammad Norazam Nordin UNIMEL
  • Afiffudin Mohammed Noor UITM
  • Noraini Ismail UITM

Keywords:

COVID-19, Da'wah Challenge, Islamic Da'wah, The Role of Da'wah

Abstract

Remaja merupakan salah satu golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 semenjak ia melanda negara pada tahun 2019. Banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan remaja ketika fasa pandemik COVID-19 ini. Salah satu cabaran yang dihadapi adalah perkara berkaitan dengan pelaksanaan dakwah Islamiah. Hal ini kerana pelaksanaan dakwah islamiah tidak dapat dilaksanakan dan diterapkan kepada golongan remaja secara langsung dan bersemuka seperti kebiasaannya. Dalam fasa COVID-19, pelaksanaan dakwah memerlukan kepada metod yang lebih sesuai dan signifikan. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahap pengetahuan remaja tentang dakwah Islamiah dalam fasa pandemik ini. Selain itu kajian ini juga turut menganalisis cabaran yang dihadapi oleh golongan remaja berkaitan pendekatan dakwah dalam fasa pandemik COVID-19. Kajian ini juga turut menganalisis peranan dakwah Islamiah semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan remaja di Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan kajian lapangan sebagai kaedah pengumpulan data. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan bagi proses pengumpulan data adalan kaedah soal selidik. Soalan soal selidik dibentuk dan diedarkan kepada pihak responden yang dipilih sebagai sampel kajian untuk dijawab. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang remaja Islam di sekitar Pontian Johor. Setelah mendapat maklum balas daripada pihak responden, pengkaji menganalisis data dengan menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan remaja di Pontian, Johor berada pada tahap yang baik. Namun, remaja di Pontian, Johor sukar menerima pendekatan dakwah semasa pandemik COVID-19. Remaja lebih tertarik kepada aktiviti lain secara dalam talian berbanding dengan program dakwah. Justeru cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat memberi kesan dan membantu usaha pendakwah dalam pelaksanaan dakwah di Negeri Johor.

Teenagers are one of the communities affected by the COVID-19 pandemic since it hit the country in 2019. There are many challenges faced by teenagers during the COVID-19 pandemic. One of the challenges is the implementation of Islamic preaching among teenagers. This is because the implementation of Islamic preaching cannot be implemented and applied to the teenage group directly and face to face as usual. In the phase of COVID-19, the implementation of preaching requires a more appropriate and significant method. Therefore, the objectives of this study are to analyze the level of teenagers' knowledge about Islamic preaching and the challenges faced by teenagers related to the preaching approach in the phase of the COVID-19 pandemic. This study also analyzes the role of Islamic preaching during the COVID-19 pandemic among teenagers in Pontian, Johor. This is a quantitative study that involves field research as a data collection method. Questionnaires were created and distributed to 50 Muslim teenagers around Pontian Johor as respondents. After receiving feedback from the respondents, the researcher analyzed the data using Statistical Packages for The Social Sciences (SPSS) software. The results of this study found that the level of knowledge of teenagers in Pontian, Johor is at a good level. However, teenagers in Pontian, Johor find it difficult to accept the preaching approach during the COVID-19 pandemic. Teenagers are more interested in online activities rather than in preaching programs. Therefore, the suggestions presented by the researcher are expected to have an impact and help the implementation of preaching in the State of Johor.

References

al-Quran al-Karim.
Al-Rikabi, Z.A. (1979). al-Nazariyah al-Isiamiyah fi al-I'lam wa al-'Alaqat al- Insaniyah. al-I'lam al-hlami wa al-'Alaqat al-Insaniyah. WAMY. Riyadh.
Bassam al-‘Amush. (2005). Fiqh al-Dakwah. Amman: Dar al-Nafais.
Ibnu Manzur. (2006). Lisan al-Arab. Mesir: Dar Al-Kutub al-Ilmiah.
Kamus Dewan. (2015). (4 ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan keempat, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zin, A.A. (1996). Minhaj Dakwah Masakini: Suatu Pengenalan. Jurnal Usuluddin.
Rogers, D (1972). Adolescents and Youth. Prentice- Hall, Inc.: New Jersy.
Rohaty Mohd Majzub & Abdullah Muhammad Noor. (2001). Persepsi Remaja Terhadap Masa Hadapan. Jurnal Pendidikan. Vol.26. pp. 37-52.
Sham, F.M. & Nazim, A.M. (2015). Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa. Jurnal Hadhari: An International Journal. 7(2):63–73.
Shihab, M.Q. (2000). Tafsir Al-Misbah; Pesan, kesan dan keserasian Al-Quran. Jakarta: Lentera Hati. Vol. 7. hlm. 384.
Zayd, A.A. (1994). Manhaj al-Da’iyah. Makkah: Rabitah al-‘Alam al-Islami.
Zaydan, A.K. (1993). Usul al-Da’wah. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Published

2022-08-29

How to Cite

Nordin, M. N., Mohammed Noor, A., & Ismail, N. (2022). Cabaran dan Peranan Dakwah Semasa Pandemik Covid-19 dalam Kalangan Remaja Islam di Pontian, Johor: Challenges and The Role of Dakwah During The Covid-19 Pandemic Among Muslim Youths in Pontian, Johor. Jurnal Pengajian Islam, 273–287. Retrieved from https://www.jpi.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/jpi/article/view/204